BYD M6 : 7 Tempat Duduk, Reka Dalaman Ringkas, Dan Meter Analog Memberi Nostalgia

Apabila kita sebut sahaja kereta ev, kita akan anggap model ini sebagai kereta paling futuristik, penuh dengan kawalan kawalan canggih. Ada jenama nampak yang tak semua pengguna perlukan perkara tersebut, dan terlahirlah EV paling umum-

BYD M6

Walaupun bukan model terbaharu dalam portfolio BYD, M6 membawa pelbagai elemen unik yang menggabungkan kemajuan teknologi dengan fungsi praktikal yang sesuai untuk keluarga moden.

Dimensi dan Rekaan Luar

Dari segi dimensi, BYD M6 direka untuk memenuhi keperluan keluarga besar atau individu yang memerlukan ruang tambahan. Dengan panjang 4,825 mm, lebar 1,815 mm, dan tinggi 1,725 mm, saiz ini menjadikannya cukup besar untuk ruang dalaman yang luas tanpa terasa terlalu sukar untuk dikendalikan di jalan raya Malaysia yang sering sesak. Jarak roda 2,960 mm pula menyumbang kepada kestabilan pemanduan serta ruang kaki yang selesa di bahagian kabin.

Reka bentuk luarannya menampilkan gril depan krom yang elegan, lampu depan LED moden, dan profil sisi aerodinamik yang memberikan sentuhan kontemporari. Namun, satu aspek menarik ialah bagaimana hood depan direka agar motor hadapan mudah diakses. Ini memudahkan kerja penyelenggaraan…jika ada – suatu kelebihan yang jarang dilihat dalam EV lain di pasaran tempatan.

Ciri Teknologi yang Tidak Konvensional

Menariknya, walaupun BYD di Malaysia dikenali dengan teknologi canggih, M6 menonjol dengan beberapa ciri yang luar kebiasan. Contohnya, sistem kunci pintar smart key sensing tiada pada model ini. Penulis yang sudah biasa dengan model BYD, sedikit kekok dengan ketiadaan ciri ini, dan penulis perlu membuka pintu menggunakan sentuhan fizikal pada kunci atau pintu.

Namun, kelebihan BYD M6 yang tiada pada BYD lain adalah butang mula yang tidak dominan. Anda hanya perlu masuk, duduk, menarik tombol gear ke mod D, dan terus memandu – tanpa perlu menekan butang mula. Pendekatan ini unik, meskipun pada awalnya memerlukan sedikit penyesuaian untuk mereka yang terbiasa dengan teknologi push-start.

Selain itu, walaupun BYD M6 sebuah EV, ia mempunyai banyak butang fizikal, satu ciri yang agak jarang ditemui dalam pasaran EV Malaysia yang biasanya menekankan kawalan skrin sentuh. Walau bagaimanapun, pendekatan ini mungkin lebih mesra pengguna bagi mereka yang masih menghargai pengalaman pemanduan analog. Perkara ini mengingatkan penulis kepada Perodua Alza generasi pertama yang masih penuh pilihan analog, di masa model lain menjadi lebih canggih. Cuma, kalini, dah jadi EV….yuup.

Paparan kluster di belakang stereng juga menonjolkan elemen klasik tetapi berfungsi. Daripada memaparkan meter RPM seperti kereta biasa, ia kini menjadi meter kilowatt (kW) untuk memantau penggunaan tenaga dan kecekapan sistem brek regeneratif – semuanya menggunakan jarum dan rekaan meter lama yang membawa sedikit nostalgia kepada pemandu.

Pengalaman Pemanduan: Mod, Suspensi, dan Kawalan

Dari segi pemanduan, BYD M6 menyediakan beberapa mod yang boleh dipilih, seperti Eco, Normal, dan mod lain yang sesuai untuk pelbagai situasi. Mod Eco, walaupun membantu menjimatkan tenaga, terasa perlahan dan agak lembab, menjadikannya kurang menarik untuk kegunaan harian. Mod Normal, bagaimanapun, memberikan keseimbangan yang baik antara prestasi dan kecekapan, menjadikannya pilihan utama dalam kebanyakan situasi pemanduan.

Suspensi yang disesuaikan dengan baik memberikan keselesaan pemanduan, walaupun dalam perjalanan jarak jauh. Sewaktu perjalanan penulis dari Ara Damansara ke Ampang, ia terbukti mampu mengatasi jalan tidak rata dengan baik. Badan kereta juga mempunyai sedikit sahaja body roll, memberikan keyakinan lebih kepada pemandu walaupun membawa MPV besar ini di selekoh.

Kabin: Keluasan dan Praktikaliti

Ruang kabin BYD M6 adalah salah satu kekuatan utamanya. Penumpang akan menghargai ruang kepala dan kaki yang luas, menjadikan perjalanan jauh lebih selesa. Konsol tengah direka dengan gaya futuristik tetapi tetap ringkas, menambah sentuhan moden pada kabin. Walau bagaimanapun, ada beberapa kekurangan, seperti pelarasan tempat duduk yang terhad dan tiada fungsi memori. Namun, dengan harga yang kompetitif, aspek ini masih dapat diterima.

Pedal brek juga sedikit mengganggu kerana rod pedal menghalang ruang kaki kiri, terutamanya jika anda biasa berehatkan kaki kiri ketika memandu.

Bumbung Panoramik dan Ruang Kargo

Bumbung panoramik BYD M6 adalah satu lagi ciri yang menyerlah, meliputi bahagian depan hingga belakang, membolehkan lebih banyak cahaya semula jadi masuk ke dalam kabin. Sistem kawalan adaptive cruise control pula mudah diakses melalui kawalan di bahagian kiri stereng, sama seperti kebanyakan kereta lain dalam keluarga BYD.

Dari segi ruang but, BYD M6 menawarkan ruang kargo yang mencukupi untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh. Dengan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat sepenuhnya, kapasiti ruang meningkat secara drastik, memudahkan pengguna membawa muatan besar seperti bagasi atau peralatan sukan.

Kesimpulan

BYD M6 adalah MPV yang membawa pendekatan unik dalam pasaran EV Malaysia. Walaupun terdapat beberapa kekurangan seperti pelarasan tempat duduk yang asas dan butang fizikal yang banyak, ia diimbangi dengan kelebihan seperti ruang kabin luas, pengalaman pemanduan yang selesa, dan akses mudah kepada ciri seperti adaptive cruise control. Untuk harga dalam julat RM109,800 hingga RM123,800, ia adalah pilihan praktikal bagi keluarga besar yang ingin beralih kepada EV tanpa mengorbankan keselesaan dan fungsi.

Dengan gabungan teknologi, reka bentuk moden, dan ciri unik, BYD M6 adalah kereta yang memerlukan sedikit masa untuk disesuaikan, tetapi ia mampu memikat hati anda dalam jangka masa panjang.

Dimensi & Reka Bentuk

  • Panjang x Lebar x Tinggi: 4820 mm x 1855 mm x 1700 mm
  • Jarak roda: 2825 mm
  • Kapasiti Tempat Duduk: 7 tempat duduk dalam susunan tiga baris
  • Tayar dan Roda: Rim aloi 17 inci dengan tayar 225/55 R17
  • Ciri Luaran: Reka bentuk aerodinamik dengan pilihan bumbung kaca panoramik untuk varian Extended.

Sistem Kuasa

  • Varian Standard:
    • Motor: 120 kW (163 hp), 310 Nm tork
    • Bateri: 55.4 kWh, teknologi Blade Battery
    • Jarak Perjalanan: Sehingga 420 km (NEDC)
    • Pengecasan: Pengecasan pantas DC hingga 89 kW
    • 0–100 km/j: 10.1 saat
  • Varian Extended:
    • Motor: 150 kW (204 hp), 310 Nm tork
    • Bateri: 71.8 kWh, teknologi Blade Battery
    • Jarak Perjalanan: Sehingga 530 km (NEDC)
    • Pengecasan: Pengecasan pantas DC hingga 115 kW
    • 0–100 km/j: 8.6 saat

Dalaman & Keselesaan

  • Ciri Varian Standard:
    • Pelapik tempat duduk kulit sintetik
    • Paparan infotainmen 12.8 inci dengan sokongan pemindahan fail USB
    • Kemasukan tanpa kunci dengan keserasian NFC
    • Kawalan iklim automatik dengan penghembus belakang
    • Monitor pandangan sekeliling 360 darjah
  • Ciri Varian Extended:
    • Tempat duduk depan dengan kuasa dan pengudaraan
    • Plat logam di ambang pintu
    • Pad pengecasan tanpa wayar 15W
    • Sistem penapisan udara PM2.5
    • Pintu but automatik

Praktikaliti & Keselamatan

  • Ruang But: Luas dengan semua tempat duduk digunakan, dan tempat duduk lipat meningkatkan utiliti.
  • Pengecasan Balik (V2L): Boleh digunakan sebagai stesen kuasa mudah alih.
  • Ciri Keselamatan:
    • 6 beg udara, ABS, kawalan kestabilan
    • Varian Extended dilengkapi bantuan pemanduan seperti Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Automatik, dan Bantuan Kekal Lorong.

Harga & Jaminan

  • Varian Standard: RM109,800
  • Varian Extended: RM123,800
  • Jaminan:
    • 6 tahun/150,000 km untuk kenderaan
    • 8 tahun/160,000 km untuk bateri (kesihatan minimum 70% dijamin)

Zakirin

All this talk about luxury car just so we get to buy overpriced coffee in style

Related Posts

Is the Honda City Still Worth Buying in 2026?

Malaysia’s automotive landscape has evolved dramatically with the rise of the turbocharged Proton S70, the feature-packed Toyota Vios, and a wave of sub-RM100k compact electric vehicles. Despite these market shifts…

Continue reading
Proton Saga Cross Spied on Malaysian Roads: The Next A-Segment Challenger

The highly anticipated Proton Saga Cross has been spotted undergoing road testing in Malaysia. Heavily shrouded in thick camouflage, the test vehicle is strongly believed to be the national automaker’s…

Continue reading

More Articles

iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 71 views
iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 73 views
Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

Honda City vs Proton S70 Non-Turbo Specification Comparison

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 125 views
Honda City vs Proton S70 Non-Turbo Specification Comparison

Honda City (GN2/GN3) Maintenance Cost Breakdown Guide

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 40 views
Honda City (GN2/GN3) Maintenance Cost Breakdown Guide

2026 Honda City (GN2 / GN3 Facelift): Full Spec Breakdown & Variant-by-Variant Comparison

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 48 views
2026 Honda City (GN2 / GN3 Facelift): Full Spec Breakdown & Variant-by-Variant Comparison

2026 Honda City Facelift Launched in Malaysia from RM89,900 – Lineup Streamlined to Four Variants as Brand Debuts 8-Year Unlimited-Mileage Warranty Across All Models

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 54 views
2026 Honda City Facelift Launched in Malaysia from RM89,900 – Lineup Streamlined to Four Variants as Brand Debuts 8-Year Unlimited-Mileage Warranty Across All Models

Hyundai Stargazer Officially Launched in Malaysia – 3 Variants, 6- and 7-Seater Layouts, SmartSense ADAS, CBU Priced from RM99,800 to RM121,800

  • By Zakirin
  • September 22, 2026
  • 109 views
Hyundai Stargazer Officially Launched in Malaysia – 3 Variants, 6- and 7-Seater Layouts, SmartSense ADAS, CBU Priced from RM99,800 to RM121,800

Volvo Cars Appoints Škoda Auto Chief Klaus Zellmer as President and CEO – 30-Year Industry Veteran to Succeed Håkan Samuelsson by October 2027

  • By Zakirin
  • September 21, 2026
  • 128 views
Volvo Cars Appoints Škoda Auto Chief Klaus Zellmer as President and CEO – 30-Year Industry Veteran to Succeed Håkan Samuelsson by October 2027

Toyota to Invest ¥1 Trillion (RM30 Billion) Annually on 400,000 Factory Robots from 2028 – Wheeled Humanoid Eley to Learn from Master ‘Takumi’ Craftsmen

  • By Zakirin
  • September 21, 2026
  • 197 views
Toyota to Invest ¥1 Trillion (RM30 Billion) Annually on 400,000 Factory Robots from 2028 – Wheeled Humanoid Eley to Learn from Master ‘Takumi’ Craftsmen

Ford and Honda Among in Danger: Shrinking Off-Lease Inventory Squeezes Certified Pre-Owned Market Despite Program Expansions

  • By Zakirin
  • September 21, 2026
  • 280 views
Ford and Honda Among in Danger: Shrinking Off-Lease Inventory Squeezes Certified Pre-Owned Market Despite Program Expansions