Chery Malaysia Perkukuh Kerjasama di AISSE 2025 dengan Barisan SUV Premium

Chery Malaysia dengan bangganya menyokong Asia International Security Summit & Expo (AISSE) 2025 sebagai Rakan Kenderaan Rasmi VIP. Sebanyak 60 SUV, termasuk model OMODA 5, TIGGO 7 PRO, dan TIGGO 8 PRO, akan digunakan untuk membawa tetamu kehormat dan delegasi dari 15 negara ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Usaha ini bertujuan memastikan pengalaman perjalanan premium dan lancar sepanjang acara berlangsung.

Pada majlis penyerahan rasmi, Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew dan Cheng Nam Weng, menyerahkan secara simbolik kenderaan tersebut kepada penganjur acara, iaitu Anita Jacobson, Pengarah Urusan Kumpulan Alpine Group Services, serta Marina Yahya, Penasihat Perniagaan Alpine Group Services. Majlis ini turut disaksikan oleh DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan SAC Zakaria Ismail di Bangi, Selangor.

Acara selama tiga hari dari 20 hingga 22 Januari 2025 di PICC ini bakal menjadi platform penting yang menghimpunkan pemimpin keselamatan serantau dan global. ASEAN+ Security High Roundtable, dianjurkan bersama oleh ASEANAPOL, akan mempertemukan Menteri Dalam Negeri dari negara-negara peserta serta Ketua Polis masing-masing untuk membincangkan isu strategik dan keselamatan rentas sempadan. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dijangka menyampaikan ucapan pembukaan pada acara berprestij ini.

Dengan tema ‘Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security Through Law Enforcement Collaboration’, AISSE 2025 dijangka menarik kehadiran 200 organisasi keselamatan dan pemegang taruh industri dari negara-negara seperti Malaysia, Kanada, Hong Kong, Latvia, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, dan lain-lain. Lebih 5,000 pelawat perdagangan dijangka hadir, dengan 36 forum dan sesi persidangan yang telah dijadualkan.

Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia, menyatakan, “Kami amat berbesar hati dapat menyediakan barisan kenderaan untuk acara AISSE 2025 yang sulung ini. Kenderaan kami mengintegrasikan teknologi terkini dari aspek keselamatan dan keselesaan, bukan sahaja untuk pemandu tetapi juga penumpang. Selain itu, kami juga komited terhadap kelestarian dengan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sambil mengekalkan nilai mampu milik untuk pengguna.”

Sebagai tambahan kepada peranan sebagai penyedia kenderaan rasmi, Chery akan menampilkan pameran eksklusif di expo AISSE 2025, di mana para pengunjung boleh menyaksikan dan menjalani ujian pandu model OMODA 5, TIGGO 7 PRO, dan TIGGO 8 PRO. Acara ini turut menjadi peluang bagi Chery untuk mempamerkan inovasi terkini mereka, termasuk teknologi tenaga hijau dan sistem bantuan pemandu maju (ADAS).

AISSE 2025 dijangka menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama keselamatan antara negara-negara Asia dan global, menjadikannya acara utama yang menyumbang kepada keamanan serantau dan antarabangsa.

Zakirin

All this talk about luxury car just so we get to buy overpriced coffee in style

Related Posts

The Gradual Phasing Out of Manual Transmissions: Technological Inevitability or Driver Loss?

For decades, the manual transmission served as the default standard for passenger vehicles globally, offering superior fuel efficiency, lower production costs, and mechanical simplicity over early automatic alternatives. Over the…

Continue reading
2028 Toyota Celica: Powertrain Rumours and Market Expectations

Japanese automaker Toyota is reportedly developing a new iteration of the Celica sports coupe, targeting a global release for the 2028 model year. Following years of industry speculation and the…

Continue reading

More Articles

Auto Bavaria Balakong Awarded Malaysia’s First BMW Group Retail.NEXT Lighthouse Certification – Joins Exclusive Network of 28 Global Benchmark Facilities

  • By Zakirin
  • November 12, 2026
  • 256 views
Auto Bavaria Balakong Awarded Malaysia’s First BMW Group Retail.NEXT Lighthouse Certification – Joins Exclusive Network of 28 Global Benchmark Facilities

Chery Secures Highest Number of Honours at 6th ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2026 – TIGGO 7 Sweeps Four Major Safety Accolades

  • By Zakirin
  • November 12, 2026
  • 276 views
Chery Secures Highest Number of Honours at 6th ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2026 – TIGGO 7 Sweeps Four Major Safety Accolades

Proton e.MAS Surpasses 35,730 Sales in First Ten Months of 2026 – Commands 47.3% of Malaysia’s BEV Market as Exports Jump 67%

  • By Zakirin
  • November 12, 2026
  • 322 views
Proton e.MAS Surpasses 35,730 Sales in First Ten Months of 2026 – Commands 47.3% of Malaysia’s BEV Market as Exports Jump 67%

iCAUR Malaysia Expands Network to 28 Sales Points with Six New 3S and 4S Centres Across Peninsular Malaysia and Sarawak

  • By Zakirin
  • November 12, 2026
  • 300 views
iCAUR Malaysia Expands Network to 28 Sales Points with Six New 3S and 4S Centres Across Peninsular Malaysia and Sarawak

Mercedes-Benz to Reinstate V8 Engines Following Customer Demand: CLE63 V8 Confirmed, V12 Revival Hinted

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 927 views
Mercedes-Benz to Reinstate V8 Engines Following Customer Demand: CLE63 V8 Confirmed, V12 Revival Hinted

Over Half of Chery’s Export Volume to Transition to Local Assembly by Year-End, Targeting 70% CKD by 2030

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 438 views
Over Half of Chery’s Export Volume to Transition to Local Assembly by Year-End, Targeting 70% CKD by 2030

MOT Encourages Local App Development Using Open Public Transport Data Following Civil Servant Waze Restriction

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 327 views
MOT Encourages Local App Development Using Open Public Transport Data Following Civil Servant Waze Restriction

Kimi Antonelli Dominates United States GP to Edge Closer to 2026 F1 World Title – Leclerc Surges to Second

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 358 views
Kimi Antonelli Dominates United States GP to Edge Closer to 2026 F1 World Title – Leclerc Surges to Second

iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 617 views
iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 713 views
Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027