Toyota Cecah Jualan 100k Jualan Selama 3 Tahun Berturut Turut

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) Tutup Tahun 2024 dengan Momentum Jualan Yang Baik

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) berjaya menutup tahun 2024 dengan prestasi jualan yang kukuh, mencatatkan lebih 12,800 unit kenderaan terjual pada bulan Disember sahaja. Jumlah keseluruhan jualan tahunan pula melebihi 102,300 unit, menjadikan tahun 2024 sebagai tahun ketiga berturut-turut UMWT mencapai sasaran jualan tahunan melebihi 100,000 unit. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang belum pernah dicapai oleh syarikat sebelum ini, menandakan satu detik bersejarah yang amat penting.

Prestasi cemerlang pada penghujung tahun ini mencerminkan daya tarikan jenama Toyota yang terus kukuh dalam pasaran automotif Malaysia. Faktor utama yang mendorong permintaan pengguna adalah kelebihan kenderaan Toyota dari segi kecekapan, kebolehpercayaan, dan ciri keselamatan canggih. Selain itu, UMWT juga mencatatkan 1.42 juta pelanggan kembali untuk perkhidmatan selepas jualan sepanjang 2024. Ini membuktikan komitmen Toyota terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan.

Sebagai jenama yang telah lama menjadi sebahagian daripada landskap automotif Malaysia, Toyota memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem mobiliti negara melalui pendekatan pelbagai hala (Multi-Pathway Approach). Dengan menawarkan pelbagai pilihan kenderaan, Toyota berjaya memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah, di samping menyokong peralihan negara ke arah mobiliti lestari. Strategi ini, bersama komitmen Toyota terhadap kualiti, kebolehpercayaan, dan inovasi, telah meningkatkan populariti model seperti Hilux, Vios, dan Corolla Cross. Tidak menghairankan, model-model ini menjadi penyumbang utama kepada prestasi jualan bulan Disember.

Melangkah ke tahun 2025 dengan momentum yang kuat, UMWT tetap komited untuk mencapai kecemerlangan dengan memastikan penawaran terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh. Syarikat ini terus menonjolkan dedikasi mereka dalam membawa perubahan positif dalam landskap automotif, sejajar dengan peranan mereka sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di https://www.toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Zakirin

All this talk about luxury car just so we get to buy overpriced coffee in style

Related Posts

The Gradual Phasing Out of Manual Transmissions: Technological Inevitability or Driver Loss?

For decades, the manual transmission served as the default standard for passenger vehicles globally, offering superior fuel efficiency, lower production costs, and mechanical simplicity over early automatic alternatives. Over the…

Continue reading
2028 Toyota Celica: Powertrain Rumours and Market Expectations

Japanese automaker Toyota is reportedly developing a new iteration of the Celica sports coupe, targeting a global release for the 2028 model year. Following years of industry speculation and the…

Continue reading

More Articles

iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 377 views
iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 475 views
Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

Honda City vs Proton S70 Non-Turbo Specification Comparison

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 570 views
Honda City vs Proton S70 Non-Turbo Specification Comparison

Honda City (GN2/GN3) Maintenance Cost Breakdown Guide

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 509 views
Honda City (GN2/GN3) Maintenance Cost Breakdown Guide

2026 Honda City (GN2 / GN3 Facelift): Full Spec Breakdown & Variant-by-Variant Comparison

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 521 views
2026 Honda City (GN2 / GN3 Facelift): Full Spec Breakdown & Variant-by-Variant Comparison

2026 Honda City Facelift Launched in Malaysia from RM89,900 – Lineup Streamlined to Four Variants as Brand Debuts 8-Year Unlimited-Mileage Warranty Across All Models

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 386 views
2026 Honda City Facelift Launched in Malaysia from RM89,900 – Lineup Streamlined to Four Variants as Brand Debuts 8-Year Unlimited-Mileage Warranty Across All Models

Hyundai Stargazer Officially Launched in Malaysia – 3 Variants, 6- and 7-Seater Layouts, SmartSense ADAS, CBU Priced from RM99,800 to RM121,800

  • By Zakirin
  • September 22, 2026
  • 424 views
Hyundai Stargazer Officially Launched in Malaysia – 3 Variants, 6- and 7-Seater Layouts, SmartSense ADAS, CBU Priced from RM99,800 to RM121,800

Volvo Cars Appoints Škoda Auto Chief Klaus Zellmer as President and CEO – 30-Year Industry Veteran to Succeed Håkan Samuelsson by October 2027

  • By Zakirin
  • September 21, 2026
  • 326 views
Volvo Cars Appoints Škoda Auto Chief Klaus Zellmer as President and CEO – 30-Year Industry Veteran to Succeed Håkan Samuelsson by October 2027

Toyota to Invest ¥1 Trillion (RM30 Billion) Annually on 400,000 Factory Robots from 2028 – Wheeled Humanoid Eley to Learn from Master ‘Takumi’ Craftsmen

  • By Zakirin
  • September 21, 2026
  • 527 views
Toyota to Invest ¥1 Trillion (RM30 Billion) Annually on 400,000 Factory Robots from 2028 – Wheeled Humanoid Eley to Learn from Master ‘Takumi’ Craftsmen

Ford and Honda Among in Danger: Shrinking Off-Lease Inventory Squeezes Certified Pre-Owned Market Despite Program Expansions

  • By Zakirin
  • September 21, 2026
  • 536 views
Ford and Honda Among in Danger: Shrinking Off-Lease Inventory Squeezes Certified Pre-Owned Market Despite Program Expansions