SUV Premium JAECOO Kini Lebih Dekat dengan Pelanggan di PJ Midtown

Berikutan pertumbuhan pesat jumlah pelanggan, JAECOO Malaysia terus memperluaskan rangkaian pengedarnya di seluruh negara. Baru-baru ini, JAECOO Malaysia telah merasmikan pengedar sahnya, EVENERGY Auto Sdn Bhd, di PJ Midtown. Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata, “JAECOO teruja untuk lebih dekat dengan pelanggan kami sambil terus menawarkan barisan SUV premium off-road yang dinamik serta perkhidmatan pelanggan yang terbaik.”

Mengukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut, Emily Lek menjelaskan, “Kami sedang mentakrifkan semula konsep kemewahan yang mampu milik dalam pasaran, dan falsafah ini diterapkan dalam setiap aspek jenama kami – daripada reka bentuk kenderaan dan pusat pameran hingga kepada pengalaman pemilikan yang luar biasa untuk pelanggan. Sebagai jenama SUV premium off-road yang mencabar di Malaysia, ini adalah komitmen jelas kami terhadap pasaran dan pelanggan, bahawa JAECOO akan terus bertapak kukuh di sini.”

Pusat pameran JAECOO PJ Midtown dilengkapi dengan kemudahan 3S (Jualan, Servis, Alat Ganti) dan pusat servis satelit yang meliputi ruang seluas 6,000 kaki persegi. Ia mampu memberi perkhidmatan kepada penduduk sekitar kawasan seperti Petaling Jaya, Bandar Utama, Damansara, Mont Kiara, Hartamas, Bangsar, dan TTDI, yang terletak dalam lingkungan 5km atau 15 minit pemanduan.

Pengarah Urusan EVENERGY AUTO Sdn Bhd, Woo Sze Mun, menyatakan, “Pasukan kami di EVENERGY AUTO berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian dinamik JAECOO. Dengan pengalaman kami dalam runcit automotif, digabungkan dengan kenderaan berkualiti dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, kami yakin dapat menjadi rakan kongsi yang bernilai kepada jenama ini di Malaysia. Lokasi strategik kami di tengah Petaling Jaya juga membolehkan kami menawarkan keselesaan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan.”

Pengunjung pusat pameran PJ Midtown berpeluang melihat barisan SUV off-road premium JAECOO termasuk model JAECOO J7 dan C9 dalam varian AWD dan 2WD. Dengan anggaran lebih daripada 300 pengunjung setiap bulan, pusat pameran ini dilengkapi dengan penasihat jualan profesional untuk menjawab pertanyaan produk dan mengatur pandu uji.

Sesuai dengan DNA JAECOO ‘From Classic, Beyond Classic’, ruang pameran ini menyediakan lounge pelanggan yang selesa dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi serta pilihan kopi dan teh. Rekaan moden ruang pameran ini menampilkan susunan ruang yang membolehkan pengudaraan semula jadi dan pencahayaan yang baik. Bagi kemudahan tambahan, perkhidmatan parkir valet percuma disediakan di depan pintu masuk.

Pusat servis satelit, yang terletak di kawasan Sea Park, hanya 10 minit pemanduan dari pusat pameran PJ Midtown, menyediakan ruang penerimaan servis yang luas dengan lima ruang servis. Ia turut disokong oleh gudang alat ganti yang lengkap dengan JAECOO Genuine Parts. Lokasi ini dikelilingi oleh pelbagai pilihan kedai makanan dan minuman popular, memberikan keselesaan tambahan kepada pelanggan semasa menunggu servis kenderaan mereka.

PJ Midtown yang terletak di tengah-tengah Seksyen 13, Petaling Jaya, merupakan hab kediaman dan komersial yang meriah. Ia menawarkan sambungan mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Sprint, serta pelbagai kemudahan untuk penduduk dan pekerja di kawasan sekitar.

Pusat 3S JAECOO PJ Midtown oleh EVENERGY AUTO Sdn Bhd terletak di G-06, PJ Mid Town, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, dan boleh dihubungi melalui talian 012-8251766. Untuk maklumat lanjut mengenai pengedar JAECOO Malaysia, lawati laman web www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial JAECOO Malaysia.

Zakirin

All this talk about luxury car just so we get to buy overpriced coffee in style

Related Posts

The Gradual Phasing Out of Manual Transmissions: Technological Inevitability or Driver Loss?

For decades, the manual transmission served as the default standard for passenger vehicles globally, offering superior fuel efficiency, lower production costs, and mechanical simplicity over early automatic alternatives. Over the…

Continue reading
2028 Toyota Celica: Powertrain Rumours and Market Expectations

Japanese automaker Toyota is reportedly developing a new iteration of the Celica sports coupe, targeting a global release for the 2028 model year. Following years of industry speculation and the…

Continue reading

More Articles

Mercedes-Benz to Reinstate V8 Engines Following Customer Demand: CLE63 V8 Confirmed, V12 Revival Hinted

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 710 views
Mercedes-Benz to Reinstate V8 Engines Following Customer Demand: CLE63 V8 Confirmed, V12 Revival Hinted

Over Half of Chery’s Export Volume to Transition to Local Assembly by Year-End, Targeting 70% CKD by 2030

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 344 views
Over Half of Chery’s Export Volume to Transition to Local Assembly by Year-End, Targeting 70% CKD by 2030

MOT Encourages Local App Development Using Open Public Transport Data Following Civil Servant Waze Restriction

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 236 views
MOT Encourages Local App Development Using Open Public Transport Data Following Civil Servant Waze Restriction

Kimi Antonelli Dominates United States GP to Edge Closer to 2026 F1 World Title – Leclerc Surges to Second

  • By Zakirin
  • October 26, 2026
  • 254 views
Kimi Antonelli Dominates United States GP to Edge Closer to 2026 F1 World Title – Leclerc Surges to Second

iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 537 views
iCAUR 03 RWD Now Locally Assembled in Malaysia – CKD Production Commences, Retains CBU Pricing at RM119,740, Deliveries Begin October 2026

Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 649 views
Zeekr Malaysia Partners with EON to Expand Klang Valley Footprint – AEON Mall Shah Alam Pop-Up in October 2026, Zeekr House Glenmarie in Q1 2027

Honda City vs Proton S70 Non-Turbo Specification Comparison

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 801 views
Honda City vs Proton S70 Non-Turbo Specification Comparison

Honda City (GN2/GN3) Maintenance Cost Breakdown Guide

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 816 views
Honda City (GN2/GN3) Maintenance Cost Breakdown Guide

2026 Honda City (GN2 / GN3 Facelift): Full Spec Breakdown & Variant-by-Variant Comparison

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 816 views
2026 Honda City (GN2 / GN3 Facelift): Full Spec Breakdown & Variant-by-Variant Comparison

2026 Honda City Facelift Launched in Malaysia from RM89,900 – Lineup Streamlined to Four Variants as Brand Debuts 8-Year Unlimited-Mileage Warranty Across All Models

  • By Zakirin
  • September 24, 2026
  • 559 views
2026 Honda City Facelift Launched in Malaysia from RM89,900 – Lineup Streamlined to Four Variants as Brand Debuts 8-Year Unlimited-Mileage Warranty Across All Models