Pada KLIMS 2024, GWM Tank 500 tampil sebagai kenderaan off-road premium yang memikat perhatian. GWM TANK 500 adalah model kedua di bawah jenama TANK yang diperkenalkan selepas GWM
TANK 300.

SUV mewah 7-tempat duduk ini menggabungkan reka bentuk moden dengan keupayaan ‘off-road’ terkini. Menampilkan reka bentuk luaran yang lasak, ianya berukuran 5078 mm panjang, 1934 mm lebar, 1905 mm tinggi, dengan jarak roda 2850 mm. Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter 4-silinder hibrid yang dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan, GWM TANK 500 menghasilkan gabungan kuasa 258 kW dan tork 648 Nm.

GWM TANK 500 didatangkan dengan 11 mod pemanduan, termasuk ciri-ciri ‘TANK Turn’ dan ‘Off- road Cruise Control’ bagi menakluki pelbagai jenis permukaan dengan mudah bersama sudut pendekatan setinggi 36.9°..
Di dalamnya, ruang kabin yang luas memberikan keselesaan tambahan dengan tempat duduk yang dipanaskan dan dilengkapi dengan kawalan suhu dua zon, serta pelbagai ciri lain seperti sistem infotainmen dengan kamera sekeliling yang membantu pengemudi menavigasi laluan off-road.

Tank 500 juga menawarkan prestasi hebat dalam off-road dengan ciri seperti sudut pendakian 30 darjah, sudut brek 22.5 darjah, dan jarak ke tanah 224mm. Keupayaan meredah airnya adalah sehingga kedalaman 800mm. Namun, beberapa isu seperti sistem bantuan pemandu yang terlalu aktif dan gangguan dari bunyi angin pada kelajuan tinggi masih memerlukan perhatian.
Dengan kemampuan menarik beban sehingga 3000kg, Tank 500 adalah pilihan tepat bagi mereka yang memerlukan kenderaan kuat dan berkemampuan tinggi untuk mengendalikan segala jenis cabaran luar dan tugas berat.










